Tuesday 27 December 2011

Kaki melangkah....

Pagi tdi, ada appointment dgn Dentist pkul 8.30, n aku pulak pukul 8 lebih baru bgun...lwat..
cepat2 bangun, mandi, bfast..kononya nak lah operate gigi ni..sepanjang jalan duk berselawt  mitak tuhan bagi keberanian nk hadapi operation to.( takot oii, duk teringt allat2 dia, kt dalam 2..macam2 ada).hehe

Ok smpai pusat kesihatan, tekan no.giliran, ( termunung dulu kt c2,,nk tekan ke x, haha)..last aku kuar satu idea (yah, lau xbuat skrg, bila lagi..alang2 ko berjlan peluh2 nie,,baik buat teros). ok decide nk buat..apa nk jadi, jadilah..sakit tahp dewa pom, hadap jah la.

no. dipangil..
bagi kad appointment...kt makcik di kaunter too..
dia..tgok..nak buat operation eh?..maaf laj]h, Doktor skrg tgah ada operation besar..
nie pom xsiap ag..lama...adik kene tukar lah..
aiyakkk..entah bila lah 2..
nati lambt nk sembuh ..next week final dah.:)
dia pom belek lah, buku appointment to, nama aku xde dalam senarai pom(hahaa).\
aish macm mana pulak xde, diorang  masukan nama aku, kad dah bagi. ok fine!
so, cancel lah jwbnyer..lain kali, walk in  je..tpat 8.30 kene ada c2.huhu.

Alang2 duk c2, aku amik no lain..nk jumpa doktor kesihatan..
nk cek aku punya tengkak nie...sakit smacam jee..
semalam xleh nk tido lena ..derita sguh, telan air liur pom sakit!..
jumpa doktor,
dia tnya ada pernah kene tongsel (ketumbuhan dalam tengkak)..oh xde.
dia tgok pelek je kat aku.( naik runsing) dia ada tnya,
pernah demam sebelum ni.aku ckp xde,
aku ckp panas2 biasa saje,,
n aku btahu, sakit smpai ke dada, time makan pling seksa, nk menjerit rasa, sakintya.(kenapakah)
aku pikirm lau batuk biasa, xpernah lah sakit cm gini.
dia bgi ubat demam, sakit tekak, vitamin, antibiotik.
lau melarat lagi, dia suh jumpa dia balik
(em rasa xsedap hati, nauzubillah mitak jauh, lau kene penyakit lain)
Allah itu Maha Penyembuh.

Thursday 22 December 2011

Tuhan dengari aku..:(

Alhamdulillah..syukur..
Hari nie...berakhirnya..perjalanan hidup sepanjang satu semester. Last kuiz aku amik hari ini, minggu ini adalah minggu yang paling mencabar..penuh dengan dugaan..emosi.
Apa tidak nya, kene amik 5 test, 2kuiz dan submit 2 assgment. Amat menguji kesabaran.
syukur aku dapat mengharunginya dengan jayanya.

Minggu ini juga, minggu sedeh bagi diri ini....:(..sukar digambar dengan kata2.;)
Rentetan nya,,
on monday, dapt test international bussines..ok aku failed..skit je lagi nk lulus.( down).rasa diri ni plinng teruk dalam class to..xdapt nk tahan kesedihan, lalu mutiara putih ..mengalir keluar dibalik tapak tangan ini. Ya Tuhan..apakah ini? kenapa aku.(bisikan syaitan menjelma.)..satu lagi bisikan menjelma>(sabar, ada hikmah..kene struggle lagi..usaha kene kuat..xpe, final buat elok2..tapi apakan daya, hamba Mu nie, terlalu lemah YaAllah..mohon pertolongan ya Tuhan,,(nekad by hook or by crook need to improve, kene pastikan lulus.)

On Tuesday.
Test csc...blur..xdapt jawab dgn sempurna, even dah baca..aku xingt.! i do no y..fikir2 balik..xsempat masa, (sedapkan hati) sebelum to, kene amik test arab, n kuiz ibe..balik dgn hati separuh duka , kawan aku zu, sama, frust, xdapt jwb..soalan lain2..aku terkilan jugak xdapt tolong dia, masa dia tnya aku jwapan. Soory zu, yah xingt lgsum, aku rasa ilmu csc aku time to ibarat 0.01 ja.
lepas to motivate diri sendiri..:) (jangan fikir, esok ada lagi test menunggu 2 est, taxation n bel).sabar..sabar.
Balik bilik, stdy tax..tiba2 nani call, ckp flash yg aku buat, xmenpati yang nak..so aku pom tgallah stdy tax, cari balik..buat balik...dalam 11 lebih aku pegi bilik dia, hantar yg baru.! ok settle part flash.

on wednesday.
Bangun dengan mata yg bengkak..mengantok, effect stdy smpai pkul 4 pgi..
pegi class, alhamdulillah xngantok, pelek jugak , last class tk csp kot..hehe, xramai yg datang..boleh bilang..mereka2 busy stdy taxation..mggu nie semua busy!
Masuk class tutor csp..jeng2 ..miss ckp, i want to give back ur test..hah
jantung dah berdenyut laju dah..berapa agknya dapt, tup nama aku dpgil
oh Tuhan, FAILED LAGI..xjngka akan failed, bila cek balik.tahulah sebab apa failed,soalan mitak lain, aku kasi lain answernya.aduyaii. ok dah 2 test failed.( arrgh...demotivated, kuar kelas, tika tpksa melihat air mata aku jatuh )..aku senyap jaaa sepnjag hari to, bercakap bila ditanya.:(

ok hari ini...
Test 2 acc, madam bagi..madam dtg ...............

Saturday 17 December 2011

Bismillahirrahmanirrahim..


Nafas seperti makin sesak
Mahu nangis tapi tiada air mata
Lalu merontalah hati, minta dibantu
Tapi sayang hanya mampu membisu
Entah apa yang ditunggu,
Barangkali menanti runtuhnya iman
Terus bermandi dalam kelalaian

Entah sampai bila jiwa mahu kosong,
Mungkin bocor di mana-mana
Diisi amal namun semangat kian berkurang

Ke mana perginya semangat?
Air mata sudah lama tidak bisa tumpah
Barangkali sudah jemu
Walhal pintanya dari awal dulu agar hati jangan begitu

Sayang hatinya hilang
Dicari masih tidak ketemu
Lantas hanya mampu berhati palsu
Tetap bernadi berdenyut berlagu
Cuma fungsinya, tidak seperti dulu


Mohon hati baru, Ya Allah..
Mohon hati baru..


Mahar ini tiada beribu,
tetapi ganjarannya adalah syurga yang dirindu selalu.

Wednesday 14 December 2011

Dalam duk godek2 baca blog Dr.Halina, satu entry  yng besh jumpa, ilmu yg patot dikongsi.
Dia post, kemulian ibu mengandung dalam islam< oh excited, bekali kali baca..(rasa nak kwin cepat) haha.oh no, byak bnda lagi belum dicapai, capai dulu apa yg diinginkan.Semoga diberikan peluang OlehNya.(amin, amin,amin)hehe

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
P/S: sebagai seorang wanita,sifat keibuan itu seharusnyalah ada kan..aku harap one day nanti, berpeluang merasai nya, dapt produce anak rmai2..hehe..anak itu satu anugerah daripda Allah swt..rezeki..semoga Allah makbulkan amin.
opps one more: i hope semoga jodohku bersama dengan sesorang yng aku syang.( Hanya Allah saja Tahu siapa yg ada dihati ni)

Surah Taha ayat 39.


Ini ayat yang dalam post sebelumnie...:)
sama2 amalkan..agar dipermudahkan, dipercepatkan jodoh kita. InsyaAllah..Ini adalah satu usaha kita, untk mempercepatkan jodoh. :)

Rahsia Ayat Pengasih Nab Yusuf.

Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:
"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"
Bermaksudnya:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."



Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39
"Wa-alqayka 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"
Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)
Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami,bacalah kedua ayat ini.Untuk dapatkan kesan yang baik,hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya,Tidak perlu membaca dengan kuat,memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.Selain itu agar dikasihi masyarakat,bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
*Penting!Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik.

(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
 

Jodoh itu Rahasia Allah..:


Memang benar, jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah, tetapi berusahalah untuk mencari dan menjejaki calon pasangan anda. Dato' Ustazah Soto Nor Bahyah Mahmood berkongsi tip-tip untuk mempercepatkan jodoh :


1. Berdoa selepas solat lima waktu.
Berdoalah dengan bahasa apa sekalipun setiap kali selepas solat 5 waktu supaya diringankan jodoh. Katanya berdoalah dari sekarang kerana doa memerlukan masa untuk dikabulkan.



"Ketika sy di tingkatan satu, ibu saya sudah pun menyuruh saya berdoa supaya diringankan jodoh di samping berdoa untuk lulus dalam peperiksaan. Saya mengamalkan doa Akashah kerana banyak khasiat dan kelebihan terkandung di dalamnya", beliau berkongsi amalannya.


2.Berdoa pada waktu tengah malam.
Menurutnya Rasulullah SAW ada menyebut dalam satu hadith bahawa berdoa pada waktu tengah malam (qiamullail) yang mana Allah mustajabkan doa samada hajat di dunia mahupun akhirat. Di samping melakukan solat sunat pada tengah malam, berdoalah supaya apa yang kita hajati terutamanya dalam soal jodoh dimustajabkan.


3.Doa ibu bapa.
Ibu bapa perlu berdoa supaya anak-anak mereka dipermudahkan urusan jodoh. Doa ibu bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak-anak terutama anak-anak yang masih belum bertemu jodoh akibat halangan yang tertentu.


4.Puasa pada hari jadi
Puasa ini dipanggil puasa hajat. Ujarnya pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa sebarang dosa. Jadi, berpuasalah pada hari kita dilahirkan supaya hajat kita dipermudahkan dan dikabulkan ALlah.


5. Solat sunat taubat.
Beliau menyarankan agar melakukan solat taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa diringankan jodoh yang terhalang.


"Kita mahu Allah tunaikan hajat kita tetapi dengan Allah belum selesai dan bersih. Jadi mintalah ampun terlebih dahulu sebelum berdoa memohon sesuatu hajat", katanya.


6.Pohon restu ibu bapa.
Tanyalah ibubapa terlebih dahulu apabila kita sudah berkenan pada seseorang. Mungkin getaran hati ibu memberi isyarat jodoh terbaik kepada kita seperti yang berlaku kepada ustazah Siti Nor Bahyah sendiri. Beliau mengaku menerima kiriman surat daripada beberapa lelaki termasuk suaminya sndiri, Ustaz Wan Akashah dan semua surat tersebut ditunjukkan kepada ibunya sebelum mengambil apa-apa tindakan.


"Apabila ibu saya membaca surat yang dikirimkan oleh suami ketika itu, dia memberitahu saya bahawa ada getaran di dalam hatinya dan membenarkan saya membalas surat tersebut", imbaunya.


Sebelum berkahwin, Ustaz Wan Akashah juga pernah mengitimkan surat kepada keluarganya di Malaysia untuk meyakinkan mereka bahawa beliau mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami di samping tidak mengabaikan pelajarannya di Mesir. Ternyata surat yang dikirimkan itu berjaya menyakinkan keluarganya bahawa beliau mampu untuk berkahwin.


Jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia sudah baik untuk kita, saran beliau supaya pujuk ibu bapa dengan baik, berdoalah supaya Allah melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya.


7. Amalkan doa-doa pilihan.
Antara doa-doa yang boleh dijadikan amalan ialah daripada Surah Yusuf, ayat 4 untuk memudahkan dan mendapatkan jodoh yang baik. Ujarnya lagi, doa Nabi Musa dalam surah al-Qasas ayat 24 patut diamalkan kerana doa ini adalah untuk sesuatu hajat yang dirasakan amat mendesak. Jelas beliau lagi, doa ini menjadi amalannya hingga kini.


"Dalam doa, kita tidak boleh meminta dengan cepat tetapi doa ini membolehkan kita mencapai sesuatu hajat dengan cepat", katanya.


8.Solat hajat.
Jika semuanya sudah diamalkan maka langkah terakhir ialah melakukan solat hajat memohon agar dipermudahkan dan dipertemukan dengan pasangan yang baik, dunia dan akhiratnya.


Kita sebagai umat manusia hanya mampu merancang, berusaha dan bertawakal tetapi Allah yang akan menentukan segalanya. Menurut beliau lagi, 'black magic' antara faktor yang menyebabkan jodoh terhalang. Oleh itu, saran beliau supaya membaca suarah Yunus ayat 81 untuk membatalkn sihir dan ilmu hitam.


**InshaAllah, moga apa yang saya sampaikan ini dapat diamalkan oleh semua tanpa mengira samada bercita-cita untuk berkahwin atau tidak. Saya yang cetek ilmu ini, tidak pernah mendengar tentang item ke 4 iaitu Puasa pada hari jadi. Mungkin jika ada sahabat yang pernah mengamalkan, mohon berkongsi di sini untuk lebih jelas atau bertanyakan mereka yang lebih arif tentangnya.

Wallahu alam.

Wednesday 7 December 2011

Beralih arah..

Beralih arah...hehee....
Sekarang passion aku dah berubah kearah nak cari buku2 masakan...
saya suka memasak...
sekrang kalau o9, aku byak godek2 blog masakan.....
huuhuhu...excited sangt nk pndai masak...mcm diorang...bermacam macam jenis menu diorang pndai buat..
dari western, local, semua lah..terliur habis duk negok nieee haaa..bikin perut lapar..bikin air liur..nk meleleh..ti tak..tik tak...huhhu..

sekarang kalau pegi kedai buku...dah xtgok novel..cari buku masakan dulu..hahaaa
ada satu buku niee,aku ingin sangt nk beli..tpi mahal lagi lah....(bila lah nk turun harga eh)
tajuk buku 2..365 hari..I hari 1resipi....gmbr buku to xdapt lak nak upload..

Rasa satu kepuasaan bila dapt masak..n dpt share masakan kita pada orang lain. ;)